Sunday, January 31, 2010

Nafsu Oh Nafsu




"Tiada yang aku rawati lebih sukar daripada nafsuku sendiri, satu ketika aku mengalahkannya. dan satu ketika yang lain aku dikalahkannya" (Sufyan At-Thauri)



Memang betul, ada masa kita memang dapat kalahkan nafsu kita. Bilamana iman kita naik insyaAllah nafsu juga dalam kawalan dan panduan kita, tapi malangnya bilamana iman kita kurang, nafsu yang mengawal dan pandu kita. Nauzubillah.

Subhanallah, besar peranan sabar rupanya dalam kehidupan kita. Patutlah dalam Al-Quran banyak menyebut kelebihan orang bersabar. Seringkali kita diingatkan dan diberitakan Allah dalam Al-Quran "BERILAH KHABAR GEMBIRA BUAT MEREKA YANG BERSABAR", dan dalam ayat yang lain "SABAR ITU CANTIK/INDAH" dan Allah juga berjanji bahawa "ALLAH BERSAMA MEREKA YANG BERSABAR", masyaAllah bersabarkah aku dan dirimu dalam mengharungi kehidupan di muka bumi ni?



Ingatlah kita, NAFSU SENTIASA MENGARAH KEPADA KEMUNGKARAN! Bila nafsu kuasai diri, ini yang akan terjadi:

"Apabila hawa nafsu sudah dominan, maka hati akan gelap. Apabila hati gelap, maka dada kan menyempit. Apabila dada menyempit, maka akhlak jadi buruk. Apabila akhlak buruk, maka makhluk akan membencinya" (Abu Bakar al-Hakim al-Warraaq)



Ya Allah Ya Tuhanku, jauhkan kami daripada pautan nafsu syaitan durjana dan kami berlindung pada-MU daripada kejahatan nafsu kami dan jadikanlah kami daripada golongan orang yang SABAR.



No comments:

Post a Comment