Sunday, January 31, 2010

Kita Bayangan Cermin

Ada seorang sahabat baik saya seorang lelaki cina, Ng Teng Hong. “Azree, kamu orang Islam kena sembahyang hari-hari kan?” Saya menganggukan kepala dan kemudian dia menyambung, “Tapi kenapa tak nampak diorang sembahyang pun.” Itu pandangan seorang beragama Budha terhadap kami peserta Muslim.

Kemudian masih dalam perkara yang sama tetapi saya berhadapan dengan peserta lelaki yang beragama Islam pula bila diajak sembahyang sama-sama. “Kau nak ajak aku buat apa. Tu budak sekolah agama tu, tak sembahyang pun,” Katanya sambil menunjukkan ke arah seorang rakan sebilik. Terasa dengan kata-kata rakan itu, barulah dia sembahyang juga. Tapi, tidak pasal-pasal nama ‘sekolah agama’ juga yang keluar.
Teringat kata Nabi Muhammad,
“Seorang yang beriman itu adalah cermin kepada saudaranya.”
Kata-kata yang ringkas tetapi memberi makna mendalam. Nabi Muhammad hanya mengibaratkan seorang muslim kepada muslim yang lain dengan objek cermin dan mesti ada sebab-sebabnya. Saya cuba membahagikan ciri-ciri cermin kepada dua untuk menerangkan ciri-ciri cermin ini. Pertama, bagaimana ciri-ciri cermin yang perlu kita ambil dan kedua, ciri-ciri cermin yang perlu kita berhati-hati. Kenapa kita pula yang kena berhati-hati?
Kerana Nabi Muhammad telah mengibaratkan kita sebagai cermin. Cuma kita kurang berhati-hati dengan sifat kita yang seperti cermin. Ciri paling umum sesuatu cermin adalah pantulan(reflection). Apabila kita berdiri di depan cermin, akan wujud imej kita di cermin tersebut. Itulah yang dipanggil sebagai pantulan. Sifat pantulan inilah yang perlu ada bagi setiap orang muslim, tidak kira jurujual, doktor, peguam mahupun seorang perdana menteri.
Kita perhatikan pula bagaimana cermin menjalankan tugasnya dalam memberi pantulan
(reflection) yang perlu kita tiru:
1. Senyap:-Cermin memberi reflection tanpa berkata apa-apa. Begitulah juga kita, untuk menegur kita perlulah menegur secara hikmah dan baik. Bukannya dengan cara memaki hamun, mengata dan mengumpat.
2. Sepanjang masa:– Cermin memberi reflection sepanjang masa. Tidak kiralah bila-bila masa kita menghadap cermin tersebut, pasti cermin tersebut akan menjalankan tugasnya. Dari pagi sampailah ke pagi esoknya. 24 jam. Begitulah juga dengan kita, perlu memberi imej diri yang baik 24 jam. Dari bangun tidur hinggalah tidur semula. Bukan sejam dua sehari.
3. Tidak lupa tugas:- Jika kita memecahkan cermin, kita masih boleh nampak diri kita pada serpihan-serpihan cermin. Ini kerana perlu diingat reflection cermin adalah sepanjang masa. Signifikannya biar dimaki hamun, dizalimi atau dalam keadaan susah kita tetap perlu menunjukkan imej muslim yang baik.
4. Tidak mengungkit:- Keburukan yang terserlah hanya diberitahu semasa kita berhadapan dengan cermin. Cermin tidak akan menyimpan imej-imej buruk tersebut selepas kita beredar dari cermin tersebut. Begitulah juga dengan kita. Setelah memberi teguran kepada saudara kita, haruslah kita cuba melupakan keburukan mereka.
Sekarang, kita lihat pula ciri-ciri cermin yang perlu kita berhati-hati:
1. Tidak memilih imej:- Cermin tidak memilih imej untuk dipantulkan. Kalau imej luar seseorang itu buruk, maka buruklah juga imej dalam cermin tersebut. Jadi, perlu kita hati-hati setiap masa kerana diri kita sentiasa memberi pantulan imej muslim kepada orang ramai.
2. Boleh berhabuk dan berdebu:- Cermin tidak boleh memberi imej yang sempurna dalam keadaannya berhabuk dan berdebu. Jadi, walaupun imej kita baik tetapi badannya penuh debu atau kotor, ia tidaklah dapat memberi imej yang baik sepenuhnya. Sebagai kesimpulan, diri kita mencerminkan akhlak kita. Baik akhlak kita, mudahlah orang mendengar nasihat kita. Mudahlah tugas dakwah kita.

Wallahu'alam
-ajin-
Assalamualaikum..

ni ada sedikit lawak animasi.. sekadar hiburan semata2.

Nafsu Oh Nafsu




"Tiada yang aku rawati lebih sukar daripada nafsuku sendiri, satu ketika aku mengalahkannya. dan satu ketika yang lain aku dikalahkannya" (Sufyan At-Thauri)



Memang betul, ada masa kita memang dapat kalahkan nafsu kita. Bilamana iman kita naik insyaAllah nafsu juga dalam kawalan dan panduan kita, tapi malangnya bilamana iman kita kurang, nafsu yang mengawal dan pandu kita. Nauzubillah.

Subhanallah, besar peranan sabar rupanya dalam kehidupan kita. Patutlah dalam Al-Quran banyak menyebut kelebihan orang bersabar. Seringkali kita diingatkan dan diberitakan Allah dalam Al-Quran "BERILAH KHABAR GEMBIRA BUAT MEREKA YANG BERSABAR", dan dalam ayat yang lain "SABAR ITU CANTIK/INDAH" dan Allah juga berjanji bahawa "ALLAH BERSAMA MEREKA YANG BERSABAR", masyaAllah bersabarkah aku dan dirimu dalam mengharungi kehidupan di muka bumi ni?



Ingatlah kita, NAFSU SENTIASA MENGARAH KEPADA KEMUNGKARAN! Bila nafsu kuasai diri, ini yang akan terjadi:

"Apabila hawa nafsu sudah dominan, maka hati akan gelap. Apabila hati gelap, maka dada kan menyempit. Apabila dada menyempit, maka akhlak jadi buruk. Apabila akhlak buruk, maka makhluk akan membencinya" (Abu Bakar al-Hakim al-Warraaq)



Ya Allah Ya Tuhanku, jauhkan kami daripada pautan nafsu syaitan durjana dan kami berlindung pada-MU daripada kejahatan nafsu kami dan jadikanlah kami daripada golongan orang yang SABAR.



Saturday, January 30, 2010

Bila MAlaikAt Maut MENJeLMAAA!!!!

SALAM!!!

apabila seseorang itu didatangi malaikat maut...
tak terlambat sekelip mata ataupun terawal sekelip mata...
namun, taktala sakarAAAtul MAUT tiba...
bergantung pada amalan kita...
ada yang TENANG..
ada yang KACAU...
dan ada yang meraung kesakitan..
AAAAAAHHHHHHH!!!!!!


SO,

hari ini ana nak citer pasal jualan ice blended yang diketuai SANG RADEN ARJUNA LALAT THE FIRST...
jualan pada dasarnya amat memberansangkan..
so, kami harap time hari sukan tu dapat la untung lebih supaya kiteorang bley ENJOY!!!
takdelah...
saje..
so, kpd mereka yang terlibat ngan jualan tak kira ikhwah or akhawat..
GANDAKAN USAHA!!!
bak kata M : GHAJIN CKIT!!! GESEGH,GESEGH,GESEGH!!!!

semoga usaha kita mendapat keredhaan ALLAH!!!

that's all...
THANK YOU!!!

assalamulaikum!!!
barakallahufiikum!!!

Friday, January 29, 2010

cabaran..

salam....




hmm...hari ini kami buat jualan macam biasa disekolah...boleh tahan la untung...moga-moga dapat lebih banyak untung untuk harihari seterusnye...


lagi 3k nak kene dicari...boleh ke ni?...em..semangat kami lemah bila terdengar ade bisikanbisikan yang cuba untuk menutup kegiatan jualan kami...itu la..ini la..tapi xpe...kami teruskan je dengan apa yang dah kami buat...moga allah memudahkan urusan kami....amin..


10hari lagi kami akan ke JaWa...mesti semua peserta da xsaba nak pergi kn?..sudah bersedia ke nak pergi?....bukan setakat jasmani je tau...rohani pun kne mantap juga...ingat itu selalu...haha...


hmm...bila balik rumah lepas kerja mesti umiabah tanya.."macam mane hari ini?..banyak dapat?..da cukup ke 25k tuu?..." terkial-kial nak cakap belum cukup...nanti ape plak mereka cakap...lagi 10hari je...cukup ke masa nak cari lagi 15k?...adui...pening bila pikirkan bende nih..hee..




ok lah...sampai sini dahulu...jumpe lagi..

Thursday, January 28, 2010

+MemoRies+


Pernahkah anda berjumpe 'makcik' canteen yg jambu???
x pernah????
sila call uztazah kamaliah..
ini kerana di sekolah hidayah jb terdapat 2 'makcik' canteen yg jambu..
pak Mar dan pak Syir....
mereka merupakan contoh pelajar yang sangat bagus.....
ini kerana jarang pelajar mahu pergi ke sekolah nye semula selepas habis zaman persekolahan...
ini menunjukkan bahawa pelajar sekolah hidayah tidak lupa akan sekolah nya...
mereka bekerja bukan kerana gaji ttp kerana tuhan semesta alam...


p/s=pelajar sekolah Al-Amin pun ape kurang baiknye......

+crocodile+

.buat salah dan masalah remaja serta tension.


assalamualaikum..

ape korang rase bile buat sesuatu luar dari pengetahuan ibu bapa?
ade x korang rase bersalah/berdosa/hinanya diri sndiri??
ape tindakan korang bile bende yg luar dari pengetahuan ibu bapa ni diorang tawu?
adakah korang akan terus terang dengan ibu bapa secara baik atau
adakah korang akan berdiam diri dan simpan sehingga ibu bapa tau sendiri..

ketahuilah bahawa setiap manusia tiada yang sempurna. Maka apabila kita ada masalah yg besar mahupun kecil hendaklah ibu bapa yg mengetahuinya terlebih dahulu.

Hal ini kerana ibu bapa adalah orang yg paling memahami diri kita sndiri seterusnya merekalah yg mendidik kita supaya menjadi orang yang baik. tiada ibu bapa mahu anaknya menjadi seorang insan yang x bergune di masa akan datang. tiada ibu bapa yg mahu anaknye tiada ilmu dan pegangan agama walaupun ibu bapa sndiri tiada.

sekiranya ibu bapa mengetahuinya terlebih dahulu maka kita akan terasa tenang dan ibu bapa akan merasa bangga kerana diri kita yg berterus terang dlm apa jua masalah. kita juga harus meminta nasihat daripada ibu bapa sendiri kerana ia amat bergune pada masa akan datang.

cara untuk berterus terang dengan bercakap secara lembut dan meminta agar ibu bapa kita tidak memarahi kita walau seteruk mana pon. setengah ibu bapa akan terus marah jika mengetahui perkara sebenar dari mulut orang lain. so dalam hal nih ketahuilah bahawa ibu bapa yang seharusnya mengetahui lebih awal masalah kita sendiri.

Cara-Cara Menjalin Perhubungan Yang Lebih Rapat Dengan IbuBapa

  • Menghormati dan sedia meneriam tunjuk-ajar dan teguran mereka

  • Membincangkan masalah anda dengan mereka

  • Meluahkan perasaan dan pendapat anda secata terus terang

  • Tunjukkan kasih sayang anda melalui kata-kata ataupun perbuatan

  • Cuba memahami masalah dan beban ibubapa anda

  • Meraikan harijadi mereka

  • Ingatlah bahawa ibubapa menyayangi anda dan mahukan yang terbaik untuk anda


PENYELESAIAN KONFLIK

  • Kenalpasti punca konflik

  • Dengan dulu apa yang hendak disampaikan oleh orang lain

  • Nyatakan apa yang anda kehendaki dan mengapa anda marah

  • Janganlah menyalahkan orang lain

  • Tumpukan perhatian kepada tindakan yang menyebabkan konflik

  • Bertenang semasa menerangkan pendapat anda

  • Bincangkan bersama cara-cara penyelesaian masalah

  • Carilah penyelesaian yang menguntungkan kedua belah pihak

Remaja yang Positif

  • Bertimbang rasa

  • Yakin terhadap diri sendiri

  • Sedia menerima nasihat dan teguran

  • Sabar

  • Bertanggungjawab

  • Rajin dan suka menolong

  • Mahir berkomunikasi

wallahu'alam.

.ajin.



SeTAAAAAN!!!!

salam!!!
pernahkah anda di rasuk setaaaN???
kalau ye dan sedang diRASUK,sile call us. hasanuddin di talian 1300-88-3535..
kalu tak dapat, sila berTENANG!!!

(takda kena mengena!!!)

sebenarnya, hari ini saya nak btau pasal kehadiran DUA orang jejaka yang tak berapa tak tampan yang diterbangkan khas dari INDONESIA!!!!

yang seorang ini namanya MAS UDI!!!
lagi seorang namanya MAS ONI!!(waduh-waduh!! belum ada yang punya!!,so akhawat boleh isi borang permohonan eeh!!CEEEEWAH!)lebih kurang la handsome...



apapun, diharapkan bahawa kedatangan mereka berdua ini dapat mengeratkan lagi hub. diplomatik antara MAS & INDON...

skian....
wassalam...
bye-bye...
see you later...




wak tenang~

Monday, January 25, 2010

GAMBAR INd00r R2j4


Amir and hasif bg talk tentang course kat usim
bilik kat TTS
Pertandingan team building wat bangunan
Pertandingan team building wat bangunan
Pertandingan team building wat bangunan
Makan kat kedai mamak..mahal!!
banat gelabah??
tgk kubur
pemandangan yg cantik utk bergambar
pemandangan yg cantik utk bergambar
dalam train
Masjid dekat2 rumah Dr.Har
Bergembira...berjenaka
peace!
tgk tv kat kolej tuh..mlm2.
Pak cik Razali bg talk 7 habits
kene gak kawad..igt dah xpyh
dalam lori
kene kawad gak tuh
tunggu lori punye lame... huh ...grr
nek lori ni gi palapes
siap buat blog.. peaceee!
Team Hisham buat blog. go.go
Hisham men psp ker?
Lat bg hadiah kat pak cik Zainuddin
Masing2 tgk jam 'bile nk abes nih'
Pak Cik Zainuddin bg talk tentang alam sekitar!
Faisal Public speaking yg sempoi :D
Zubayr dengar ceramah la! hehe
Ayah Imran tgk ape tuh?!
Imran nervous nk public speaking kt depan!
tiap mlm bli burger..mane xgemok! haha
team outdoor Lat bentang kat depan.
Adam n Izzat xpaham. :)
Daeng pening or ngantok? hehe
banat konon dengar.. huhu.. tp buat ape??
M muka semangat die.. hehe
Sedia masuk ke dewan!
Ustaz Rahman bg tazkirah maghrib.
semangat dengar arahan! huhu


tu jerk!!

Saturday, January 23, 2010

Dosa merosakkan hati

Assalamualaikum


Banyak melakukan dosa membuatkan hati seseorang itu rosak kerana bercampur antara baik dan buruk. Maka jadilah hati seperti yang disabdakan oleh Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud:- "(Hati yang) tidak lagi menganggap baik perkara yang baik dan tidak menganggap buruk perkara yang buruk, melainkan apa yang disukai oleh hawa nafsunya".

Orang yang banyak melakukan dosa semakin renggang hubungannya dengan Allah dan orang mukmin lain. Ini kerana apabila seseorang itu patuh kepada perintah Allah, ia dekat kepadaNya. Orang yang sentiasa melakukan dosa selalu memandang perbuatan dosa itu sebagai perkara kecil. Dalam hal ini, Ibnu Masud berkata:- "Sesungguhnya seorang mukmin itu melihat dosanya seperti sebuah bukit yang dibimbangi akan menimpanya. Manakala, seorang yang selalu melakukan dosa akan memandang dosa itu seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya". Dosa yang dilakukan itu akan membawa kehinaan, manakala ketaatan pula dapat melahirkan kemuliaan kepada pelakunya. Dalam hal ini Allah berfirman yang maksudnya: "Sesiapa inginkan kemuliaan, maka sesungguhnya segala kemuliaan itu kepunyaan Allah jua". Orang yang melakukan dosa berasa sempit dadanya, manakala mereka yang taat lapang dadanya.

Allah berfirman yang bermaksud: "Maka sesiapa yang Allah hendak beri hidayat nescaya Allah memberi kelapangan dadanya untuk menerima (ajaran) Islam. Sesiapa yang Allah hendak menyesatkan nescaya Allah sempitkan dadanya dan dalam kesukaran seolah-olah ia memanjat langit (kerana tidak cukup oksigen)". Dosa boleh menggelapkan hati sebagaimana amalan kebajikan itu boleh menyinarinya. Ibnu Abbas berkata:- "Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya".

Dosa boleh menghalang seseorang itu daripada mendapat cahaya ilmu. Satu ketika, Imam Malik terpegun melihat Imam Syafie (masih remaja ketika itu) kerana kepandaian dan kecerdikannya, lantas beliau berkata: "Sesungguhnya aku melihat Allah mencampakkan ke dalam hati kamu cahaya, maka jangan kamu padamkan cahaya iu dengan kegelapan maksiat". Dosa boleh menyebabkan seseorang itu malas untuk membuat ketaatan. Seseorang pernah berkata kepada Ibnu Masud: "Kami tidak mampu untuk bangun malam (untuk beribadat)". Jawab Ibnu Masud: "Dosa kamu menjauhkan kamu (daripada ibadat di waktu malam)". Oleh yang demikian, hampirilah kebajikan yang akan memberi cahaya kepada hati dan jauhilah kejahatan yang boleh menggelapkan hati seterusnya menghalang cahaya ilmu.

Wallahu'alam

Wali Band

Assalamualaikum
Inilah lagu dari kumpulan Wali Band. Lagu yang baik dan memberi pengajaran. Sila hayati.

Tuesday, January 19, 2010

4 Perkara Sebelum Tidur



Assalamualaikum
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : " Ya Aisyah jangan engkau
tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1.Sebelum khatam Al Qur'an.
2.Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3.Sebelum para muslim meridhloi kamu.
4.Sebelum kau laksanakan haji dan umroh...


" Bertanya Aisyah :
" Ya Rasulullah .............Bagaimana aku dapat melaksanakan 4
perkara seketika.?"

Rasul tersenyum dan bersabda :
"Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau
mengkhatamkan Al Qur'an."

"Membacalah Sholawat untuk Ku dan para nabi sebelum aku, maka kami
semua akan memberi syafaat dihari kiamat "

"Beristighfarlah untuk para muslimin maka meraka akan meridhloi
kamu."

"Dan perbanyaklah bertasbih,bertahmid,bertahlil,bertakbir maka
seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh."

Sunday, January 17, 2010

Outdoor

Assalamualaikum..
Alhamdulillah akhirnya kami telah selamat sampai ke destinasi yang sepatutnya.
banyak yang kami telah dapat dari program R2J4 punya outdoor (Jaulah).
Kami nak ucapkan ribuan terima kasih kepada MAk cik Nailah yang telah bimbing kami
dan membuat program yang cukup best dan mantap.

14/01/10

Hari khamis perjalanan bertolak dari iman ELC ke shell sri putri pada pkul 3.30 ptg.
Bas sampai pada pukul 3.55 ptg. Kami menaiki bas double decker (lupe name bas tuh).
Semua peserta naek di tingkat atas. [Abbas sebelah Hisham] [Azzam sebelah Haneef] [Shakir sebelah Danial] [Wazien sebelah Daeng] [Irfan Hisham sebelah Nu'man] (kedudukan dalam bas hanya ahli blog ini sahaja). sampai ke seremban dalam pukul 7.15 dan disambut oleh ayah Ahnaf..name beliau pak cik Ridzwan dan dibawa ke bas sekol
ah. perjalanan agak jauh. akhirnya sampai ke masjid Bandar Baru Senawang dan menginap di masjid itu. Malam itu kami makan mmg kenyang gilerrr~~huhu.. mlm tu mmg tiada program. b
uat pengetahuan semua, suasana di masjid itu mmg sejuk ye jika kipas xpasang pon. hehe.. paham2 la sejuk nye macam mane. kami lupe ye nak tgkp gmbo tyme kat masjid uh..sorry.hehe.

15/01/10

Pg jumaat kami ade tugas masing2.. semua kene bukak sampul surat utk membaca tugas seterusnya menjalankan amanah yg telah dipertanggungjawabkan. program berjalan lancar. oleh kerana kami tidak satu kumpulan yang sama dan berpecah, kami hanya menceritakan secara am sahaja. task pertama pergi ke rumah pak cik2 yang ditulis alamatnye. semua berpecah dan pergi naik LRT/Komuter sendiri. (buat pengetahuan kami diberi RM100 seorang atau RM400 satu team). Task pertama ikut kumpulan. ada kumpulan yang makan tengah hari di rumah pak cik dan ada yang terpaksa makan di restoran. Task kedua dikehendaki pergi ke rumah tokoh kedua. mesti sampai di rumah tokoh kul 6 or sebelum. Kami dikehendaki dinner di situ ye~. habis dinner ada kumpulan yang pergi ke TTS di serdang dan menginap di situ dan ada yang tidur di rumah tokoh. klu menginap di TTS RM5 1 malam.

penginapan di TTS.. aircond woot!
Ada kumpulan ikhwah yang bertembung dengan kump akhawat ni.
Sampai di KL sentral dari Seremban
Baru sampai.
Jumpa kumpulan lain di dalam komuter.
Tenang~



16/01/10

Pg sabtu dikehendaki pergi ke Wamy Centre. ada program ind00r. best jugak sbb ada team building. team building ni kene buat bangunan menggunakan straw dan klip kertas. then ada cerita pasal stress dan sebagainya. Malam tu kami pergi The Mines. membeli belah.


Kumpulan Abbas

Kumpulan Irfan Hisham

Kumpulan Irfan Hisham jugak! huhu..

17/01/10

Hari Ahad kami pergi melawat ke USIM,UIA Nilai.. ada yang pergi UIA GOMBAK..tp xtawu..ada lg satu. bertolak dari TTS pukul 8.30 pg. task kene belanje abg2 yang bwk gi melawat. pkul 3.30 ptg dah kene berkumpul kat pudu. Bas jalan pukul 4.00 ptg. Seronok Sgt!!



USIM
BICARA tentang course
AMIR syafiq menerangkan tentang course
Komuter Nilai..on d way to Pudu.

tu je..

Wallahu'alam..ASsalamualaikum