Thursday, January 28, 2010

.buat salah dan masalah remaja serta tension.


assalamualaikum..

ape korang rase bile buat sesuatu luar dari pengetahuan ibu bapa?
ade x korang rase bersalah/berdosa/hinanya diri sndiri??
ape tindakan korang bile bende yg luar dari pengetahuan ibu bapa ni diorang tawu?
adakah korang akan terus terang dengan ibu bapa secara baik atau
adakah korang akan berdiam diri dan simpan sehingga ibu bapa tau sendiri..

ketahuilah bahawa setiap manusia tiada yang sempurna. Maka apabila kita ada masalah yg besar mahupun kecil hendaklah ibu bapa yg mengetahuinya terlebih dahulu.

Hal ini kerana ibu bapa adalah orang yg paling memahami diri kita sndiri seterusnya merekalah yg mendidik kita supaya menjadi orang yang baik. tiada ibu bapa mahu anaknya menjadi seorang insan yang x bergune di masa akan datang. tiada ibu bapa yg mahu anaknye tiada ilmu dan pegangan agama walaupun ibu bapa sndiri tiada.

sekiranya ibu bapa mengetahuinya terlebih dahulu maka kita akan terasa tenang dan ibu bapa akan merasa bangga kerana diri kita yg berterus terang dlm apa jua masalah. kita juga harus meminta nasihat daripada ibu bapa sendiri kerana ia amat bergune pada masa akan datang.

cara untuk berterus terang dengan bercakap secara lembut dan meminta agar ibu bapa kita tidak memarahi kita walau seteruk mana pon. setengah ibu bapa akan terus marah jika mengetahui perkara sebenar dari mulut orang lain. so dalam hal nih ketahuilah bahawa ibu bapa yang seharusnya mengetahui lebih awal masalah kita sendiri.

Cara-Cara Menjalin Perhubungan Yang Lebih Rapat Dengan IbuBapa

  • Menghormati dan sedia meneriam tunjuk-ajar dan teguran mereka

  • Membincangkan masalah anda dengan mereka

  • Meluahkan perasaan dan pendapat anda secata terus terang

  • Tunjukkan kasih sayang anda melalui kata-kata ataupun perbuatan

  • Cuba memahami masalah dan beban ibubapa anda

  • Meraikan harijadi mereka

  • Ingatlah bahawa ibubapa menyayangi anda dan mahukan yang terbaik untuk anda


PENYELESAIAN KONFLIK

  • Kenalpasti punca konflik

  • Dengan dulu apa yang hendak disampaikan oleh orang lain

  • Nyatakan apa yang anda kehendaki dan mengapa anda marah

  • Janganlah menyalahkan orang lain

  • Tumpukan perhatian kepada tindakan yang menyebabkan konflik

  • Bertenang semasa menerangkan pendapat anda

  • Bincangkan bersama cara-cara penyelesaian masalah

  • Carilah penyelesaian yang menguntungkan kedua belah pihak

Remaja yang Positif

  • Bertimbang rasa

  • Yakin terhadap diri sendiri

  • Sedia menerima nasihat dan teguran

  • Sabar

  • Bertanggungjawab

  • Rajin dan suka menolong

  • Mahir berkomunikasi

wallahu'alam.

.ajin.



1 comment: