Tuesday, March 29, 2011

WANITA DIJADIKAN BAHAN MAINAN?

Pakai Baju Kurung WAJIB Pakai kain Dalam...Jangan Lupa..!

Pakai Baju Kurung WAJIB Pakai kain Dalam...Jangan Lupa..!

Apa Matlamat Sebenar Fesyen Muslimah ? Untuk Tayang Kecantikan Ke ??

Apa Matlamat Sebenar Fesyen Muslimah ? Untuk Tayang Kecantikan Ke ??

DALAM ISLAM PAKAIAN YANG NAMPAK KETAT ITU TIDAK BOLEH..!!

DALAM ISLAM PAKAIAN YANG NAMPAK KETAT ITU TIDAK BOLEH..!!

(LAGU)..Kerana Malu Itu Perisai Orang Beriman....Di Mana Rasa Malu Anda?

Pulpit rock

Mereka Wanita Melayu Beragama Islam.....Tetapi Pakaian Mereka Menyeksakan Mata...

Blog ini diwujudkan sebagai kempen untuk membetulkan tanggapan dan idea anak-anak gadis, makcik-makcik, para suami dan para ayah di Malaysia mengenai konsep aurat wanita Islam yang sebenar-benarnya. Diharapkan supaya teguran dan gambar -gambar contoh di sini dapat dijadikan pengajaran dan sempadan agar wanita-wanita Islam kita menjauhkan diri diri memakai pakaian-pakaian yang melanggar adab wanita Islam terutama sekali jarang, ketat dan sendat. Diharapkan blog ini mampu membawa perubahan walaupun sedikit. Amin.

**Gambar-gambar yang dipaparkan di blog ini dicari secara rambang di ruang-ruang internet dan laman web untuk dijadikan contoh memperkukuhkan mesej blog ini semata-mata bukan bertujuan fitnah dan sebagainya.

Bertudung Tidak Semestinya Menutup Aurat (HOT !)

1. Baca ini dan fahami ini dahulu.
Sabda Rasulullah s.a.w. :

"akan datang ummatku di akhir zaman terdiri dari kaum wanita yang mana mereka itu berpakaian dalam keadaan telanjang, di atas kepala mereka berbonggol-bonggol seperti belakang unta. mereka ini dilaknat oleh Allah dan tidak masuk mereka itu ke dalam syurga, serta tidak dapat menghidu baunya. dan sesungguhnya wangian syurga itu di dapati jarak perjalanan lima puluh ribu tahun perjalanan." (sokhih bukhori)

2. Fikir dan ingat kembali wanita-wanita Melayu Islam baik muda atau tua yang pernah anda lihat di majlis-majlis kenduri kahwin hinggalah ke pusat membeli belah. Bagaimanakah pakaian mereka ? Pernah tak anda ternampak wanita Islam yang berpakaian seperti yang disebutkan di dalam sabda di atas ??

Sudah tentu ramai bukan ?? Begitulah wanita Islam akhir zaman.

..................................................................................................................

Golongan wanita Melayu Islam yang tidak risau, tidak takut dan tidak malu untuk tidak bertudung, memakai pakaian jarang, sendat dan ketat mempunyai beberapa alasan yang BENGONG untuk membolehkan cara berpakaian mereka diterima akal:

1. Tutup aurat semua, sudah pasti masuk syurga ke..? Kamu Tuhan ke..?
2. Tudung labuh pun buat dosa mengumpat orang. Walau kami pakai (seksi), hati kami baik...
3. Pakai jarang ke...ketat ke...itu hak kami. Kalau tak suka, (lelaki) jangan tengok..!!
4. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang pada individu yang memandang kami. Seksi itu subjektif..
5. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa..
6. Salah ke kami pakai macam ni. Tutup aurat itu bagus. Tapi kami tak mahu jadi hipokrit. Ini adalah diri kami yang sebenar...
7. Suka hati kamilah pakai macam ni. Kami tidak ganggu hidup orang lain...
8. Apa yang kami buat (pakai) adalah antara kami dengan Tuhan..
9. Ini fesyen... tak salah mengikut fesyen...takkan kita mahu ketinggalan zaman..
10. Kami pakai (seksi) macam ni mengikut arahan photographer/ pengarah filem untuk menyesuaikan dengan scene..
11. Bukan kami tidak mahu menutup aurat, cuma masanya belum sampai lagi...tunggu dulu..


Apa macam ? BENGONG tak alasan-alasan wanita sebegini ?

......................................................................................................................

Satu fakta menarik yang perlu sentiasa diingat mengenai tubuh badan wanita. Renung-renungkan soalan-soalan ini.


1. Kenapa wanita sering dijadikan bahan ekploitasi seks di seluruh dunia ?
2. Kenapa wanita sering dikaitkan dengan simbol seks ?
3. Kenapa filem dan gambar lucah lebih memfokuskan kepada wanita ?

4. Kenapa Islam sejak dari dahulu sangat-sangat menjaga kehormatan tubuh badan wanita melalui konsep AURAT ?
5. Kenapa Hawa diciptakan untuk Nabi Adam ?
6. Kenapa wanita diciptakan untuk lelaki ?
7. Apa yang istimewanya tubuh badan wanita hingga begitu mempengaruhi nafsu lelaki ?


Itulah kelainan wanita. Hampir keseluruhan tubuh badan wanita mampu merangsang nafsu seks lelaki. Betis dan peha mereka menggoda, punggung serta kemaluan mereka menggoda, pusat dan dada mereka menggoda, wajah cantik mereka memukau jiwa. Ketahuilah bahawa perkara pertama yang lelaki mahukan pada diri wanita adalah seks.

Maka pada akhir zaman ini, timbullah isu BERTUDUNG TETAPI TELANJANG. Mereka mengaku kononnya sudah berpakaian menutup aurat, tetapi pakaian mereka masih menampakkan bayangan dan bentuk bahagian tubuh badan mereka yang wajib dilindungi
..............................................................................................................................


TUDUNG TETAPI KAIN BELAH



Kononnya memakai kain, tetapi lelaki boleh melihat betis mereka yang putih melepak apabila mereka berjalan berlenggang-lenggok. Apa gunanya bertudung ?

Nasihat: Sebab itulah Islam suruh wanita pakai kain lapang yang labuh menutup keseluruhan kaki mereka.



TUDUNG TETAPI BAJU SENDAT



T-shirt yang dipakai mereka sangat sendat hingga mengikut bentuk pinggang dan dada mereka. Bentuk payudara mereka pun boleh nampak jelas. Apa gunanya bertudung ?

Nasihat: Sebab itulah Islam suruh wanita pakai baju yang lapang dan longgar supaya bentuk pinggang dan payudara mereka tidak kelihatan jelas.



TUDUNG TETAPI BAJU KURUNG/ KEBAYA JARANG



Pakai baju kurung yang jarang di luar, kemudian pakai anak baju@singlet yang seksi di dalam. Lengan dan bahagian atas dada mereka boleh nampak. Di majlis kenduri kahwin dan hari raya, ramai wanita Islam pakai sebegini. Apa gunanya bertudung ?

Nasihat: Sebab itulah Islam suruh wanita memakai pakaian yang diperbuat daripada fabrik yang lebih tebal supaya tidak tembus dalam.



TUDUNG + BAJU KURUNG / KEBAYA KETAT



Mereka tempah dan pakai baju kurung atau kebaya sealak-alak badan, betul-betul just nice mengikut saiz bentuk badan mereka. Tidak longgar sedikit pun. Bila berjalan dan duduk boleh nampak bentuk betis, peha, punggung, dada, coli dan seluar dalam mereka akibat terlalu sendat. Fenomena ini banyak dilihat di majlis-majlis kenduri kahwin dan hari raya kita. Apa gunanya bertudung ?

Nasihat: Sebab itulah Islam suruh wanita memakai baju, kain dan seluar yang lapang dan longgar supaya lebih mudah bergerak, di samping memelihara maruah.



TUDUNG TETAPI BAJU SENDAT + SINGKAT


Sudahlah pakai T-shirt yang sendat, singkat dan pendek pula tu. Hanya di atas paras punggung mereka. Bila berjalan dan berdiri boleh nampak bentuk bulat punggung mereka. Apa gunanya bertudung ?

Nasihat: Sebab itulah Islam suruh wanita melabuhkan baju mereka sehingga bawah paras punggung supaya dapat melindungi bentuk punggung mereka dari dilihat jelas oleh lelaki.



TUDUNG TETAPI PAKAI LEGGING



Ini adalah kontras paling BENGONG zaman kini. Tudung pakai, kononnya mahu menutup aurat. Kadangkala baju pun sudah tutup aurat. Satu masalah besarnya ialah mereka pakai LEGGING pula di bawah. Bila sudah pakai LEGGING, maka lelaki akan nampak jelas bentuk betis dan peha mereka kerana LEGGING itu sangat ketat. Kalau pakai baju singkat, boleh nampak alur seluar dalam mereka. Kalau fabrik legging itu nipis sangat, boleh nampak warna kulit peha mereka. Aduhai....apa gunanya bertudung ?

Nasihat: Sebab itulah Islam suruh wanita pakai kain atau seluar yang lapang dan longgar untuk melindungi bentuk betis, peha dan punggung mereka apabila di luar.




TIDAK SALAH BERFESYEN, TETAPI JAUHKAN DIRI DARI PAKAIAN YANG JARANG, SENDAT, SINGKAT DAN KETAT.

APAKAH PAKAIAN YANG MEMBEZAKAN SEORANG WANITA YANG DIPANDANG DENGAN RASA HORMAT DAN SEORANG WANITA YANG DIPANDANG DENGAN PENUH NAFSU SERAKAH ? MANA SATU PILIHAN ANDA ?












Sunday, March 20, 2011

Kuasa Allah

.assalamualaikum.
.dalam kehidupan ni mane ade semuanya nak sempurna.
.melainkan kita sahaja yg pandang ianya sempurna.
.dan ketahuilah bahwa dalam kehidupan yang sebenar ni ade macam2 benda terjadi.
.actually nk cite pasal tsunami di Jepun.
.Tsunami yang sungguh dasyat ni adalah kuasa Allah.
.tau kenapa terjadi?.
.sebab Allah nak menunjukkan kuasaNya terhadap hamba2 yang bnyk buat dosa.
.memang tak semua orang buat.
.tapi kalau dah segelintir buat, semuanya kene.
.Bukan bermakna Allah tak adil, tapi memang pada hakikat, Allah menurunkan bala ni pada semua orang.
.Siapa kata Allah itu hanya tuhan saje? silap same skali.
.Lihatlah betapa besar dan kuatnya kuasa Allah itu utk menjadikan sesuatu bencana dalam sekelip mata.
.Tsunami yg terjadi di Jepun yg negaranya maju hancur camtu je?
.Kejadian begini barulah ramai sedar.
.bertaubatlah, jangan tunggu bala datang.
.Malaysia mungkin selamat, tapi adakah selamanya?.
.tidak.




Wednesday, August 4, 2010

.guruku.

Sunday, July 4, 2010

lalalalala~~~

Ohhh,ohhh,oh
I never thought that it'd be easy,
Cause we're both so distant now,
And the walls are closing in on us
and we're wondering how,

No one has a solid answer,
But just walking in the dark,
And you can see the look on my face,
it just tears me apart.

So we fight, (so we fight)
Through the hurt, (through the hurt)
And we cry and cry and cry and cry,
And we live, (and we live)
And we learn, (and we learn)
And we try and try and try and try!

So it's up to you,
And it's up to me,
That we meet in the middle,
on our way back down to earth,
Down to earth, down to earth, down to earth
On our way back down to earth,
Back down to earth x8

Momma, you were always somewhere,
And Daddy, I live out of town,
So tell me how could I ever be, normal somehow?
You tell me this is for the best,
So tell me why am I in tears?
Whoa, so far away and now I just need you here

So we fight, (so we fight)
Through the hurt, (through the hurt)
And we cry and cry and cry and cry,
And we live, (and we live)
And we learn, (and we learn)
And we try and try and try and try!

So it's up to you,
And it's up to me,
And we meet in the middle,
on our way back down to earth,
Down to earth x3
yeah yeah

On our way back down to earth,
(on our way back down to earth)
Back down to earth x8

I felt so far away,
From where we used to be,
And now we're standing,
And where do we go,
When there's no road,
To get to your heart,
Let's start over again!

So it'up to you,
And it's up to me,
And we meet in the middle,
on our way back down to earth,
Down to earth, down to earth
Down to earth,
On our way back down to earth,

I never thought that it'd be easy,
Cause we're both so distant now,
And the walls are closing in on us
and we're wondering how..........

haha..da takde keje.....

Wednesday, June 30, 2010

LOVE me~......

my friend say i'm a fool to think that you're the one for me...
i'm guest i'm just the sucker for love....
coz, honestly the truth is that you know i never leavin..
coz, you're my angel sent from above....


salam....

huh!!
saje mengepost...
dari takda keje...
baikle menulis...

baby!! you can do no wrong...
my money is yours..
give you little more becuz i love ya!!

haha...
huhu...
hoho...

ahh...bosan..
takpe..TUHAN ade..
itulah kengkawan...
AKIDAH...

love me...love me
say that you love me...
fool me..fool me...
ooh, how you do me...
tell me what i wanna hear...
tell me you love me...

bila AKIDAH LONGLAi..kering..taKDA IMAN..
maka HATI mULA mencari....
jika terjumpa apa YANg masih DALAM SYARIAT...
tidak MENGAPA...

TAPI...
bila HATI terjumpa MUNGKAR yg seperti pELALI...
MAKA...tertidurLAH HATI dengan lena......

people try to tell me but i still refuse to listen...
cuz, they dont get to spend time with you...

JIKA...
ade yg MENERPA...
TerJAGALAh HATI yg terlena...

NAMUN...
normANya...
HATI yang tetap LENA sehingga serIBU TAHUN lAMANYA...
terbinalah satu TEMBOK KERAS kepala....

BILA...
dikatakan ini sALAH...
mulalah IA mencari ALASAN...
JIKA ini betul...
berbangga lah dia tanpA BATASAN!!!
seolah2 dia TUHAN!!!

MAKA itu...
sentiasalah KITA di JALAn menuju TUHAN....
AGAR haTI yg TERLENA sentiasa DIKEJUTKAN...
SUPAYA tidak MENYESAL kita di hari PEMBALASAN.....




p/s: yg dlm bahasa inggeris tu ialah tulisan yg dijumpai dlm sebuah buku di sebuah
rumah yg berada di sebuah taman yg terletak di sebuah daerah yg bernama IPOH..
(STAM punye TARBIAH le ni)

- aku tahu mmng org dah tak bukak blog ni..saje nak bersihkan sensawang yg ade..

Tuesday, June 29, 2010

Aku di sINi seNDiri ....beRbiCARA MONOLOG haTi~

NGAAA.........lame gile tak post...

hmmmm...mcm nak berguling je....
rindu gile kat kelas......
rindu gile........
aaargh!!!
bile lagi kite nak berkumpul...
mcm dulu2...
time rehat makan sama2....
takda klas lepak kat koridor...
jadi wall flower..(istilah ustazah norimah)
huh!!

mcm2 perasaan bile ingat balik citer2 lame...
walaupun tiap2 hari tgk bangunan form 5 (keje punye pasal!!)
tapi TAK AKAN pernah sama...
tanpa kengkawan...
gelak ketawa...

MACHA!!!

ANNEY!!!

huuuuuuuuuuuhhhhhhhhhhhh!!!

TAPI!!

SEMALAM tinggal kenangan...
esok IALAH PENENTU masa dePAn...(exclude mati)
so, bagi korang yg dah ade kat IPT..

belajar le rajin2..
jgn buat mcm kat sekolah...
aku ade lagi 3 bulan nak MENGGILA!!!
hahahaha...(BOSAN SEBENARNYA!!)

it's like an ANGEL came by and took me to heaven....
cuz, when I sTAre in your eyes...
it couldn't be BETTER....
so~
take my hand...
lets just dance...
watch my feet...
don't be scared...
girl i'm here...
if you didn't know...
this is lOVE.......


p/s : 1. saje try tulis BI....TAkut berkarat pulak..
2. kpd korang2 yg aku komen KAt FB..jgn amik hati kalu ade salah kate ke...
yela...tgh bosan...takda keje..

Thursday, June 24, 2010

Renung2kan~

Adik cuma nak tanya ibu, kenapa begini jadinya? cinta Februari.....
Bu, adik Cuma ingin bertanya…

Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya...
... See more
Ibu ingat 14 feb tak
Malam tu ibu ada janji temu
Ibu jumpa jejaka tu
Ibu kata dia cintakan ibu

Benarkah bu?

Dia puji dan puja ibu
Dia rayu dan belai ibu
Katanya cintanya hanya untuk ibu

Benarkah bu?

Ibu terkhayal dengan bujukannya
Ibu terbuai dalam bicaranya
Ibu terlena oleh bisikannya
Benarkah bu?

Ibu tak kisah dia peluk ibu
Ibu izin dia sentuh jasad ibu
Ibu puas dapat buktikan setia ibu
Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu
Tapi benarkah bu?
Masa berlalu,
Hari ini lepas 9 bulan...
Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil
Hari ini buah cinta kalian telah terzahir
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...
tapi benarkah bu?

Kenapa dia tidak sama menyambut kami?
Kemana dia telah pergi tidak azankan kami?
Mengapa ibu pun benci kami?
Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian?

Mengapa ibu?

Tak terasakah sakit dan perit
tak berbakikah kasih dan sayang dan
Tidak lagi kah ibu berTuhan?

Benarkah ibu?
Benarkah begitu?

adik cuma nak tanya je bu.....

Renung renung kanlah !!!

-Bila seronok, aku cari....pasanganku
-Bila sedih, aku cari....Mak
-Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
-Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
-Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
-Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
-Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
-Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
-Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
-Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
-Selalu.. aku ingat pasanganku
-Selalu.... Mak ingat kat aku
-Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
-Entah bila... aku nak talipon Mak
-Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
-Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
-Renungkan:
-"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
-bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
-Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

-Berderai air mata jika kita mendengarnya........

-Tapi kalau Mak sudah tiada..........
-MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

-Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
-berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
-berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
-berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

-Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......


Akhir kata SAYANGILAH IBUBAPA KITA,TANPA MEREKA KITA TIADA DIMUKA DUNIA INI......DAN TANPA MEREKA,SIAPA LA KITA.
wassalam.

Saturday, May 15, 2010

Oh! Hokdok Bakar

Assalamualaikum
Ni nak marah siapa ni? Cikgu English atau Cikgu Matematik? Rasanya harus kedua-dua cikgu tersebut dimarahi. Hahaha!

Paling lawak part harga tu. Hahaha! Failed..

Friday, April 2, 2010

Din Beramboi meninggal dunia

KUALA LUMPUR 2 April - Pelawak popular dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggal dunia di Hospital Selayang, lewat malam tadi.

Allahyarham yang dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam.

Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir.

Katanya, Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi.

‘‘Jenazah abang saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong di sini sebelum solat Jumaat,’’ katanya ketika ditemui di hospital itu, malam ini. - Utusan


ALFATIHAH.SEMOGA ROH BELIAU DICUCURI RAHMAT.

Sunday, March 28, 2010

rehlah


salam..


tempat: kukup golf resort..
mase berkumpul: 8.30 pagi
tempat berkumpul : SMIH
Yuran : ikhwah : RM 50
akhawat : RM 45
tarikh : 27 & 28 mac
[iklan semata-mata]


.program stat ngn bkumpul kt sekolah tercinta..huu..pastu lepak lepak tggu bus..masing masing perot paling lapa kn..so,ikhwah bijak sket..turun ramai rmai g makan kt kedai bawah tu..*roti kosong ngan air teh tarik ye makcik..bayar bayar den naek atas kumpul balik..pegi depan tempat tggu bas tu jumpe la ngan ustzah jamilah...lawak tol ustzh nie..gelabah je taim ktrg dtg..membebel cm hape cz ktrg lambt..hu..akhwat sume da cukup..tggl nak gerak je..so..sume byr yuran rehlah kt saudara izzat...RM50 ye kawan..byk x?..hehe..masuk je bas pilih tempat..nak duduk kt depan skali laa..best sket..leh nmpak jalan..kalpo duk kat blkg boleh nmpak ape?>.<...paling paling pon kepale orang depan je..



.dalam bas sume cm sonok sgt cz dapat jumpe ngn kwan kawan...suasana bising je...ade yg gelak kuat mcm ape..ish3...destinasi pertama sblm tiba kt kukup golf resort ialah restoran kt bndr pontian...best kt ctu...tgk la cdgn spe en..hehe..tempat tu berangin je sbb tpi pantai kan..kt situ kami hanye order n bungkus..pastu naik bas balik untuk ke taman rekreasi sungai rembah...gerak gerak..perut da berlagu nie..stelah beberape minit..smpi la kat situ..tempat oke la..lawa jgk..makan makan kat situ pstu ustzah dtg jumpe.."abas..boleh x nta tukar sit ngn ustazah?..sebenarnye suami ustazah tu penat..xckop tdo..so ustzah nk org yg suke bising cm nta.."...ble gitu je..aku pon jawab..npe ustzah xurut je suami ustzah tu...pstu ustzh wat mke dy..huhu....tau je la kan ble ustzh wt mke mksd dy ape..haha..so berpindah la hambe kt kete optima putih tu...msok 4org...oke la..ktrg bbual je ngn suami dy smpi kt tempat yg nk ktrg g..(penat oi taip)


.sampai kt destinasi kami check in kt lobby dy...tempat mcm best..patut mahal..erk~..pleh geng tuk dok sbilik..pastu msok n rehat rehat sume..penat kot jalan sne sni...ptg tu ktrg swimg...gle dah lame x berenang...seronok beb..lawan spe paling laju segala..da penat kami pon naik siap siap tuk malam plak...malam tu ktrg ade BBQ...aku dapat kerusi v.i.p beb...tak tau la npe..ttbe je..nk ckp ajk ak konfem bkn...tp xpe..dah djemput..layan je laa..makan sedap seh!!..betambah tambah kami makan...smpi licin licau...lpstu ikhwah karaoke..sume tah pape je..lagu xsedap..suare dah oke..ahaha...mlm mereke stay up nk tgk epl..ake mls la..bkn best pon..tdo lagi baik..

.esoknye xde program sgt..satu aje..ade talkshow ngn alumni...best jgk la cz bleh tye blaja kt matriks,overseas ngn foundation..2jam tu sesi bersama...sedar xsedar kami dah nak balik...pack pack barang msing msing pstu checkout...


itu sahaje ceritanya ye...thanx kt pengarah prog dan ajk ajk beliau...

.salam syg dari ku.
#superman#

Thursday, March 18, 2010

Kurniaan-Nya Amat Luas

Assalamualaikum

Kisah mengenai Ibrahim Adham. Suatu hari,dia sedang berburu dan apabila dia penat dia duduk sambil memotong roti yang dibawanya.Tiba-tiba hinggap seekor burung sebesar buruk gagak di depannya mematuk potong roti dan membawa terbang.

Ibrahim berasa hairan dengan kejadian itu dan serta-merta mengikuti burung itu sehingga ke sebuah lereng gunung. Ibrahim melihat seorang lelaki dalam keadaan terikat kaki dan tangan. Setelah ikatan itu dilepaskan, dia menceritakan kejadian yang menimpanya.

''Saya adalah pedagang yang dirompak oleh sekumpulan penyamun dan diikat selama tujuh hari, maka burung itu datang kepada saya membawa roti setiap hari. Dengan demikian tahulah bahawa ALLAH s.w.t. tidak akan meninggalkan hambaNya kelaparan'', katanya.

Setelah kejadian itu, Ibrahim terus bertaubat dan menyerahkan segala hak miliknya ke jalan ALLAH s.w.t. dan menuju ke Makkah tanpa membawa bekal sedikit pun, tetapi dia tidak berasa lapar dalam perjalanan hingga masuk ke Kota Makkah dan bersyukur kepada ALLAH s.w.t.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya”. -Riwayat Muslim.

"Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Dia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata".
(surah As-syura ayat 27)
[dipetik dari iluvislam]

Monday, March 15, 2010

SkiNnyJeAns ??~




















Seperti kita tahu, jeans atau denim sememangnya sudah serasi dengan trend fesyen sejak dulu lagi. Tidak kira lelaki mahupun wanita pastinya memiliki jeans atau denim di dalam almari pakaian mereka. Kemunculan pelbagai rekaan dan potongan jeans sejak dulu memberi peluang kepada pencinta fesyen memilikinya mengikut citarasa tersendiri.

Melangkah ke tahun baru, pasti ramai di antara kita cuba mencari imej baru dan mengikut trend fesyen terkini. Ini termasuk juga pilihan pemakaian jeans. Sebagai contoh trend pemakaian jean ketat atau skinny jeans. Trend seluar jeans yang popular sekitar era 80an ini kembali menular sejak beberapa tahun lalu, dan tahun 2008 trend ini dijangka semakin ‘hot’.



Adakah sesuai dengan anda?

Sesetengah lelaki amat meminati trend pemakaian skinny jeans. Ada yang terikut-ikut dengan stail pemuzik rock dan selebriti kegemaran. Manakala majalah fesyen dan selebriti di televisyen turut mempengaruhinya. Namun ada juga yang tidak dapat menerima trend skinny jeans. Memang benar! Pemakaian skinny jeans akan kelihatan hebat dan menarik apabila anda tahu cara memakainya. Paling penting adalah kesesuaiannya dengan saiz tubuh.

Kebanyakan mereka yang memakai skinny jeans memilih jenis yang flat atau plane, tetapi tidak semua orang sesuai memakainya. Mengapa? Bagi mereka yang bertubuh pendek atau melengkung misalnya, skinny jeans sememangnya tidak sesuai. Ia akan membuatkan anda kelihatan lebih pendek. Pemakaian skinny jeans kelihatan menarik dan hebat pada mereka yang bertubuh kurus dan tinggi. Sekiranya anda bertubuh tinggi dan kurus, pilihlah untuk memakai skinny jeans dan pilih yang jenis flat kerana ia tidak menampakkan tubuh menjadi rendah atau membuatkan anda kelihatan stocky.

Ingat! Tidak semua trend fesyen kelihatan hebat pada semua orang. Walaupun skinny jeans semakin ‘hot’ sekarang, ini tidak bermakna ada perlu memakainya. Sekiranya ia tidak sesuai dengan anda, tiada guna memakainya jika anda berasa tidak selesa.



Tip Pemakaian dan Pemilihan Skinny Jeans
  1. Skinny jeans tidak sesuai dengan lelaki bertubuh pendek dan berpinggul besar. Apa kata bertukar kepada jean straight-cutboot-cut.

  2. Ramai remaja lelaki memakai skinny jeans dengan seluar boxer. Seluar jeans dilondehkan sedikit supaya menampakkan boxer tersebut. Nampak cool! tapi ia tidak begitu selesa apabila seluar jeans ketat.

  3. Penampilan anda lebih bergaya apabila mengenakan skinny jeans dengan kasut atau boot berhujung tirus.

  4. Untuk stail smart casual, padankan skinny jeans anda dengan jaket atau blazer dan kemeja. Pastikan seluar jeansindigo, kelabu gelap dan biru tua. Ia akan mencipta silhouette dan mengurangkan saiz pada bahagian bawah tubuh yang terlihat besar.

    berwarna gelap seperti
  5. Kunci untuk memilih skinny jeans yang sesuai adalah dengan mencuba beberapa skinny jeans sehingga anda menemui yang sesuai.























Thursday, March 11, 2010

hai...~result...reEsULT....

salam...

malam ku suram..
siang ku kelam..
ku kegelisahan..
tercari-cari ..
ke mana pergi??
UNIVERSiTI??

kecewa????
gembira???

result teruk???

baik???

cemerlang??

terbilang???

melingkup???

tak kisah la....

tak payah pikir lagi pasal result...(ana tak boleh behenti PIKIR ni!!!!)

kita just assume yg semua dah selesai..
lepas ni kita bukak buku baru....
BUKU KEHIDUPAN BARU...(dapatkan dipasaran sekarang..kalu ada lah??)

kita kena pikir lepas ni nak masuk mana???

utm??
uitm??
yaman??
mesir??
madinah...(insyaAllah 2 tahun lagi kot)

TAPI...

lepas ni hidup lebih sukar...
kejutan budaya....
kejutan elektrik...
dan sebagainya...

LA TAHZAN..

jgn sedih..kalu result teruk...
semua takdir tuhan...
tuhan je tahu hikmah dia....

MUNGKIN...

hari ni kita dapat result teruK??
tapi, akan datang kita dapat kerja lebih baik dari orang dapat straight A's??

INGAT...

kpd rakan2 yg dapat result baik...
mungkin hari ni kita(tak temasuk ana) dapat result baik..
tapi, mungkin tuhan saja nak uji..
esok lusa siapa tahu??

SENTIASA INGAT!!!

baik ke buruk...
sentiasa ingat tuhan bersama kita...
kalu di uji..
jangan lupa tuhan...
bila berjaya???
jangan lupa diri...
bila gagal??
dah rezeki kita...terima je..
CUBA LAGI...

SO,

tak perlu nak nangis2..
tak perlu bangga..
semua TUHAN punya kuasa...

YANG PENTING..

kita teruskan perjalanan kita..
rancang sebaiknya...

KEGAGALAN BUKANLAH TITK NOKTAH!!!
TETAPI IA ADAlah SEBUAH BUKU BARU YANG KOSONG!!!
MAKA!!PENUHILAH IA BUKAN HANYA DENGAN KEJAYAAN!!
TETAPI DENGAN PENGALAMAN!!!

KERANA PENGALAMAN ADALAH SEBAIK-BAIK GURU...

Monday, March 8, 2010

Petua Murah Rezeki dan Dijauhi Kesulitan

ASsalamualaikum

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan rubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk.

Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Mulai hari itu, wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat.

Rupa mukanya berseri. Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya. Demikian pula seorang suami atau seorang isteri.

Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

Friday, March 5, 2010

Rep KAku...SDARY layu...CoachNYe KaYu..SMIH mAju!!!!!

salam.....

1-0???
tak de la banyak..
tapi yg penting menang BERMARUAH...
tak le mcm BBU..
LAGI "BERMARUAH"....

kpd SDARY...

tingkatkan usaha..
cari coach baru ke??(cik YAZID)
korang main memang ada kelas..(KELAS 5 IFTIKHAR)

PALaNG TERKena BoLA...

PEmaiN SDARY TERembat bola..

lalu kena palang...
time tu sume fans hidayah cuak gile!!!
mcm nampak MALAIKAT MAUT DEPAN MATE!!!!
keeper hidayah bley wat muka SLUMBER je!!!

REF APE CITER???

ref dah la "UNFIT"...(ferguson kater)
tak berapa nak SPORTING...
Tak FOCUS!!!!!
takpe tingkatkan USAHA!!!

US. EZAIDIN...

GEMBIRA BUKAN KELAPANG!!!!
GOOD LUCK!!!

p/s : CIk YaZId??Bile Nak JAdi COACH???

Thursday, March 4, 2010

MSSD BOLA SEPAK BAWAH 18 TAHUN..


Assalamualaikum..

dengan ini dimaklumkan bola sepak mssd bawah 18 tahun sekolah menengah islam hidayah telah sampai ke peringkat semi final.

tadi second round SMIH VS Tasek Utara 1-0 [akif]

masuk quater final SMIH VS Sedary 1-0 [akif]

SABTU INI PERLAWANAN SEMI FINAL DI PADANG UTM KOLEJ 17 PADA PKUL 8.00 am..

DATANG RAMAI2!!!! BAGI SOKONGAN DAN TUNJUKKAN SOKONGAN ANDA!!!

WASSALAM

SeLaMat TiNGgal MeWAAAH!!!!!

salam...

pernah kah anda mendengar nama AKADEMI MEMANDU MEWAH.....???

kalu pernah....
korang memang bagus...
kalo tak pernah dengar lagi bagus.....
tapi berjaya memang tak bagus...
walaubagaimanapun........

J.I.M.A memang tak ley pakai!!!!

SOOOOOOOOOOOO!!

ana nak citer pasal...



ZUHUD

ape itu zuhud...
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa?????
itu yg kite tak tahu....!!!

kalu nak tahu baca dlm SYARAH HADIS 40....
saya bukan imam NAWAWI...
cuma YUSUF QARDHAWI je....
kan power tu???

itu la dia contoh TAKABBUR!!!
takabbur ialah kITA BANGGAKAN diri...
dan orang lain perasan kita tengah BANGGA....

RIYAK...
riyak ni adik beradik KaYAK...
sepupu TakaBBUR....
kita BAngGA dengan diri sendiri...
dlm hati...
SYOK sendIRI....

ZUHUD..
adik beradik RIYAK....
sepupu zaid macha...
cousin HAZIQ....
kita rasa cukup dengan apa yg kita ada..


OK BYE...
nak g makan ngan imran dkt angsana....
dia belanja kita semua...


BYE!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, March 3, 2010

ReShuffLE ReHLah....

SORRY...

mgkin rehlah tk jadi kat kukup...
KOS tInggi!!!

nanti KITA cari TMpat LAIN!!!

Tuesday, March 2, 2010

IKLAN REHLAH!!!!!





kenapa wat kat SINI???
sebab nak jadi author b11 susah nah...


MASA: 21-22 MAc 2010(mungkin)
TEMPAT: KUKUP GOLF RESORT
KEMUDAHAN : - bilik standard (1 bilik/7 orang)
- swimming pool
- table tennis
- squash
- WiFI
YURAN : RM 50 ke atas kot???
TRANSPORTATION : BAS atau CAR POOL..


kalu ada cadangan sila beritahu dekat ana atau hisyam....

MeWAH tak bagus KE????

salam...

memang tak dinafikan..
mewah dah kurang bagus...
tetapi!!!!

ada la sorang kawan ana...
ari tu dia practical kereta...

niatnye...
dia nak practical motor sekali...
so, dia pun jumpa cikgu dia....


APA???cikgu dia kata tak yah practical...
TERUS wat QTI!!!

so dia pun belajar kereta kejap...
lepas ni nak QTI....

GILA KE!!!!

selepas itu....
dia pun ready nk wat QTI...
bila dia pegi kat cikgu...CIKGU kata dia da LULUS!!!

TERUK!PENIPU!MENIPU!MASUK NERAKa!


kawan ana ni bukannya nak BETOLKAN APA YANG SALAH!!
tapi dia pun layan kepala TOLOL cikgu dia tu!!!
apa dia pikir benda ni ADIL!!!

ORANG LAIN BELAJAR PENAT2...TAPI DIA SENANG2 JE DAPAT JPJ TERUS!!

NILA YANG di katakan TAK BAGUS...
BARU BETOL tak BAGUS...

KALU nak dibandingkan TEST undang2 yg kene baca KPP tu...
NI lagi teruk!!!
DAH LA sepatutnya belajar 9 jam!!!
ni tak sampai 1 minit dah LULUS...

DUNIA2....

INI la dunia...
tak pernah ADIL!!!
hanya AKHIRAT yang ADIL....
di dunia manusia boleh wat apa2...
tapi akhirat,nak masuk syurga ngan neraka pun ada SYARAT KELAYAKAN...

DUNIA SYURGA KEKAFIRAN....
AKHIRAT SYURGA KEISLAMAN....

p/s : tempat tu ialah J.I.M.A..
tak caya??
tanya diri SENDIRI...

Thursday, February 25, 2010

BeKu (fReezE) !!!! KAmi bPR!!!

salam...

i praised ALLAh For sEnding me YOU my LOVE....???

kepada budak2 berjaya...
gembiralah kamu semua...
sebab mewah dah nak kena SITA!!!!

AHAD yg dipenuhi dgn LALANG...


"Cikgu!! L saya da siap belum??"

"Minggu depan siap!!! Belajar ari SELASA tau!!!"


SELASA MINGGU DEPAN


tanyalah dekat cikgu..
kenapa L lambat siap...
da dekat dua minggu tunggu..
kalu bela ayam da jadi frankfuter da...

OOOO!!!KISAHNYA!!!

rupa2nya!!!

salah seorang director MEWAH kena tahan ngan BPR!!!
nak tau dia wat apa??

BAYAR sebanyak RM 500 dan ujian undang2 anda pasti LULUS!

MACAM MANA LULUS??

nanti, time periksa...
tak payah tekan apa2...
15 minit kemudian...
result pon keluar...
confirm 42 keatas!!!

DEKAT MANA PERKIDMATAN NI ADA???


daftarle dekat MEWAH...
pastu jumpa dengan DIRECTOR tu...
nanti dia bawa anda test di pasir gudang...
pergi balik 70km..
jalan lebih ckit, da bley jama' qasar...

bley masuk akal ke...???
jauh tu!!
kalu akal orang pun tak masuk..
akal kucing??
agaknya TERSuMBAT otak KUCING tu!!
KEJAP!!!
KUCIng ada AKAL ke???

SO,nak no CONTACT???


NO TEl : cari no BPR...

lepas tu sila hubungi NO. tersebut...
30 minit kemudian...
anda akan dapati bahawa anda akan dibawa berSIAR2 menggunakan kereta BPR...
1 hari kemudian...
anda akan direman dan diberikan penginapan bertaraf 5 setengah BINTANG!!!

MORALNYA???

1. Nasib baik dia kena tangkap dgn BPR!! KAlau JPJ?? KENA tutup terus MEWAH!!
2. PErbuatan ANDA yg SaLAH TETAP akan melibatkan org lain yg tak BERAPA nak
bersalah!! (anak beliau dan bini muda beliau diTAHAN sekali)
3. BIla orang ATASAN MAKAN SUAP, org BAWAHAN nak MAKAN APA??? MAKAN SUP!!!
4. KeNApa mesti NAk BERasUah??
5. Tu la!!! BAca buku KPP betol2!!!kanG tak lulus,sIBOK nak rasuah ORANG!!!
(MACAM UDIN)

SO kepada ORANG2 yg tak ambil LESEN lagi!!! (macam SUPERMAN!!)
BACA BUKU KPP BETOL2!!!

p/s : - ni takda kena mengena ngan penulis...sama ada keputusan UJIAN UNDANG2!!
- UDIN tak MAIN RASUAH la!! cuma beri sUAP je!!!
- BERJAYA teTAP TAK BAGUS!!!!

Thursday, February 18, 2010

SupeRman TeRceKik LaLaT!!!!!

satu hari....

ada seekor SUPERMAN...
tengah terbang di UDARA membuat rondaan...
memang rutin harian dia buat rondaan...(abis tu polis buat apa??)

TIBA-TIBA..........
dia terjatuh dari udara dengan drastiknya..
dan TAnpa Di SangKA-Sangka...
dia jatuh dan mati SERTA-MERTA...


Mayat beliau dibawa ke HSA...
lalu dibedah siasat...

RUPANYA....

dia TERCEKIK sebab LALAT....


MAKA...

saya nak berceramah tentang...

WARNA-WARNI KEHIDUPAN!!!

cuba antum bayangkan HIDUP kite dipenuhi manusia yang berbeza muka,tapi sama perWATAKKANNYA???

BuKANKAh kita BolEh masuk Hospital PERMAI kalau begitu????

maka...
TUHAN kita SIAPA?
tentulah ALLAH kan...
DIA telah menciptakan kita pelbagai rupa..
pelbagai WaTAk...
pelbagai SiFAt...

supaya hidup kita lebih CERIa........
DISIRAMI WARNA-WARNI CIPTANNYa.....

Lalu,
terciptaLAh PeRBEzAAn...

Setiap MANUSIA...
tak sama WATAKNYA...
tak sama RUpanya...

MAKA...
setiap insan adalah ISTIMEWA..(termasuk OKU)

ATAS DASAR KEISTIMEWAAN...

TIADA insan yang boleh menghina INSAN YANG LAIN....
jika kita seorang SUPERMAN...
bolehkah kita buat KErJA SALESMAN??

SIaPA kita dan SIaPA dia??

tanpa SuperMAN banyak PENJENAYAH...
tanPA CLEANER, bilik air kotor...

SEMUANYA SALING BERKAITAN....

MAKA LENGKAPLAH KEHIDUPAN...

KALAu kita menghina ORANG lain...
MAKNANYA, kita cuba menghancurkan KEHIDUPAN SENDIRI....

(p/s : tak taulah kalau SUPERMAN nak CUCI TANDAS??)

Wednesday, February 17, 2010

Dulu...Kini dan Sekarang....................

Asslamualaikum!!

Pernah tak anda terjumpa atau terbaca slogan "dulu, kini dan selamanya" yang pada kebiasaannya akan muncul time dekat2 pilihan raya....

SO...

post ni takda kena mengena dengan slogan di atas ataupun di bawah,di tengah-tengah, di tepi dan lain-lain lagi!!!


Dulu....

kita ada ramai kawan-kawan yang sentiasa bersama kita...
gelak sampai nak pecah kepala sesama...
berbual sesama..
belajar sesama....
lepas tu selsema!!!!
hahahahaha....

Kini dan Sekarang....

duduk umah ternak lalang sorang2...
ketawa pun sorang2...
dah macam bukan orang....
ada yang dah pergi AUstralia..

TApi,

terubatlah jugak kerinduan dapat jumpa kengkawan time indoor...
sekarang depa pulak dah pegi indon...

SeLamanya..

namun,
terpahat sentiasa dalam ingatan bahawa kita semua adalah KAWAN...
walau dimana jua anda berada!!!
GUNALAH CELCOM!!!(wahahahahaha)

WALAU DIMANA JUA ANTUM BERADA!!!!(untuk G11 je...)
KIta pernah menjadi sahabat...
DAN!!!
JAngan lupakan kami kalau anda sudah berjaya!!!

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!!!!

Saturday, February 6, 2010

Wali Band – Tomat (Tobat Maksiat)

Assalamualaikum..

lagu ini didendangkan oleh Wali Band berasal dari Indonesia.
hayati lirik lagu ini. dan semoga mengambil iktibar dari lagu ini.



Lirik

Dengarlah hai sobat
Saat kau maksiat
Dan kau bayangkan ajal mendekat
Apa kan kau buat
Kau takkan selamat
Pasti dirimu habis dan tamat

Bukan ku sok taat
Sebelum terlambat
Ayo sama-sama kita taubat
Dunia sesaat
Awas kau tersesat
Ingatlah masih ada akhirat

Astafighrullahal’adzim

Reff:
Ingat mati, ingat sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuman satu kali

Berapa dosa kau buat
Berapa kali maksiat
Ingat ingat sobat ingatlah akhirat

Cepat ucap astafighrullahal’adzim

Pandanglah ke sana
Lihat yang di sana
Mereka yang terbaring di tanah
Bukankah mereka
Pernah hidup juga
Kita pun kan menyusul mereka

Astafighrullahal’adzim

Repeat Reff

Cepat ucap astafighrullahal’adzim

Repeat Reff

Cepat ucap astafighrullahal’adzim
Cepat ucap astafighrullahal’adzim

Wallahu'alam

-ajin-

Thursday, February 4, 2010

PetROOOOOL terBAAAKAR!!!!!

salam...

pernahkah rumah anda terbakar atau sedang terbakar???
maka, jika rumah anda sedang terbakar..
sila telepon bomba di talian 999...




TAHUKAH anda??

+ Petrol adalah bahan yang mudah terbakar...





so,


hari ni ana nak citer pasal pengalaman kami buat jualan masa hari sukan SMIH 2010...


hari tu takda plug pin 13A..
jadi, kena gune generator...
dah pulak tu, generator kene gune minyak (asal tak gune tenanga nuklear??kan senang)
so, lalat dan saya pun belilah 2 botol air mineral 1.5 liter kat shell...
lepas tu kami pun gune air tu wat basuh kete acap amin...
so, kami pun isilah minyak petrol ke dalam botol tersebut....



sampai kat stadium, ada banyak air gula dalam botol mineral...
kene pulak warna sama dengan petrol...
so, asingkanlah petrol ngan air gula...
dalam hati pikir..kalu tersalah letak petrol dalam ice blend!!!!
MAUT!!!




hari rabu...
datangle ke skoolah...
tolong jual ice blend...
bosan2..pegi kedai sebelah...



TIBA-TIBA!!!!
ustazah intan pun bukak citer yang dia terletak petrol dalam air soya yang beliau buat!!!!!


HAHAHAHAHAHAHA!!!!
padan muka!!!!(kepada mereka yang masuk neraka sebab buat dosa!!!)

kan dah!!!
abislah satu botol petrol..
so,disebabkan lalat ada sikt itu kepala ada mereng..
dia pun mainlah petrol dengan lighter..

so!!!

PetROOOOOL terBAAAKAR!!!!!

Tuesday, February 2, 2010

Istiqamah dalam menghambakan diri


Assalamualaikum

ADAKALANYA fikiran kita rasa berserabut, perasaan kita rasa tidak menentu. Apa yang kita buat rasa tidak kena. Solat dan ibadah tidak dapat dirasa kemanisannya. Seolah-olah ada sesuatu yang perlu kita dapatkan untuk menenangkan fikiran dan hati kita yang berkecamuk.

Lihat sahajalah apa yang berlaku di sekeliling kita, pembunuhan di sana-sini. Pelacuran yang berleluasa. Anak-anak yang derhaka kepada kedua ibu bapa, remaja-remaja yang terjebak dan hanyut dalam gejala sosial, pembuangan bayi yang tidak berdosa menjadi-jadi.

Kehormatan umat Islam dipersendakan dan bermacam-macam lagi. Semuanya menyayat hati dan perasaan kita. Itu tidak termasuk tekanan kerja dan pengajian yang terpaksa kita harungi setiap hari.

Jalan meraih ketenangan

Sesungguhnya Islam itu agama yang sempurna. Ia kaya dengan pelbagai perbendaharaan dan khazanahnya yang indah dan seni. Oleh kerana itu, kita melihat agama Islam itu sentiasa dicemburui dan cuba dinodai kesucian dan ketinggiannya oleh musuh-musuh Islam.

Cuma, kita yang tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan segala keistimewaan Islam kerana kita sendiri tidak cukup mengenal agama yang kita warisi.

Wallahu'alam.

-ajin-

Monday, February 1, 2010

kerja itu best!

salam...

bahase xjage sket la..mls


ape kaba sume?..hope krg sehat je..nk cte pe ek?...ohh..da tules tajuk laa..oke2...ari sabtu...pagi2 da kne g subuh ngn amar n azam...mathurat best kn amar?...ahaha...da cm org mabuk...azam lagi la xleh blah ngn acap....hehe...ps2 dgr us aminuddin bg tazkirah....bgus tol...terisi hati nie...alhamdulillah....
..
....ps2 mandi2..terus grk g stadium..dlm kete mkn mee mak amar..sedap amat!!!..azam sebok ngn jagung die uh..pape je....123456!@#$...da smpi!!...ngntok nyer!!...nmpakla geng2 kami nga ready alatan tok jualan...semangat tol drg nih..bgus2...okeh...siap sedia sume...ktrg mula usha pelanggan petame...agak tebongkok2 wt ice blend nih..tp best cz rmai yg tolong...haha....lps sejam keje...kami sume msok stadium cz nk tgk perbarisan bdak2....sy msk ngn amar smbel kdue-due tgn pnuh ngn ice blend n payung..maklumlah..kt si2 panas sgt..nt haus lak..so kami kn pelajar bijak...huu~


.....msokmsok je terus cop tempat ddok n kumpul rmairmai tok memeriahkan majlis...erk...cm wt bising je..ahaha...stat je perbarisan ktrg dah jd juri xbertauliah...ahaha...komen sne sni...lawak je..tah pape...yg best nye tgk naga 2...gle smart!!...kreatife seh..xsgke lak ade binatang dlm stadium..hahaha...pecah perut dok ngn drg nih....


...
....selesai je acara perbarisan kami pon tgk acara trek lak....lg la best...dulu kita yg kt dlm trek lari..thun nih jd penonton jek...jg best kot...dpt tgk gelagat drg lari...ade yg menang n ade yg kalah...jatuh tesungkur pon ade...sian tol...rumah hijau banin gempak gle cz byk bolot pingat...power...




....lepas tgk..kami pon kuar la cz bru tregt yg kami nie snanye pnjual..hadeh!..lupe tujuan lak...kuar2 je tgk gerai da cm ape..xde org jge pon...ps2 sume gelak...cm tuuut...hahahaha...kami pon semngat blek nk keje...smpi la abes ice 2 kami blend..huu..da abes jual kami pon rehat...taim rehat uh..nmpk la srg jejaka yg bertopi keledar kale ape tah..ngn moto eksperiment dy uh...da cm mr.bean tau x..lawak gle....dgn gye bhse dy yg xleh blah uh g mmbli kt kdai us azlina..abes ustzh uh kne kcu..sempat ag dy tackle..lawak tol...best layan pale dy...haha...


...dlm kol 3.30ptg bru siap kemas sume...blek mmg plg pnat la..seb baek esoknye cuti...leh lepak kt atas katel en..huhu...




...da abes!!...tata

Sunday, January 31, 2010

Kita Bayangan Cermin

Ada seorang sahabat baik saya seorang lelaki cina, Ng Teng Hong. “Azree, kamu orang Islam kena sembahyang hari-hari kan?” Saya menganggukan kepala dan kemudian dia menyambung, “Tapi kenapa tak nampak diorang sembahyang pun.” Itu pandangan seorang beragama Budha terhadap kami peserta Muslim.

Kemudian masih dalam perkara yang sama tetapi saya berhadapan dengan peserta lelaki yang beragama Islam pula bila diajak sembahyang sama-sama. “Kau nak ajak aku buat apa. Tu budak sekolah agama tu, tak sembahyang pun,” Katanya sambil menunjukkan ke arah seorang rakan sebilik. Terasa dengan kata-kata rakan itu, barulah dia sembahyang juga. Tapi, tidak pasal-pasal nama ‘sekolah agama’ juga yang keluar.
Teringat kata Nabi Muhammad,
“Seorang yang beriman itu adalah cermin kepada saudaranya.”
Kata-kata yang ringkas tetapi memberi makna mendalam. Nabi Muhammad hanya mengibaratkan seorang muslim kepada muslim yang lain dengan objek cermin dan mesti ada sebab-sebabnya. Saya cuba membahagikan ciri-ciri cermin kepada dua untuk menerangkan ciri-ciri cermin ini. Pertama, bagaimana ciri-ciri cermin yang perlu kita ambil dan kedua, ciri-ciri cermin yang perlu kita berhati-hati. Kenapa kita pula yang kena berhati-hati?
Kerana Nabi Muhammad telah mengibaratkan kita sebagai cermin. Cuma kita kurang berhati-hati dengan sifat kita yang seperti cermin. Ciri paling umum sesuatu cermin adalah pantulan(reflection). Apabila kita berdiri di depan cermin, akan wujud imej kita di cermin tersebut. Itulah yang dipanggil sebagai pantulan. Sifat pantulan inilah yang perlu ada bagi setiap orang muslim, tidak kira jurujual, doktor, peguam mahupun seorang perdana menteri.
Kita perhatikan pula bagaimana cermin menjalankan tugasnya dalam memberi pantulan
(reflection) yang perlu kita tiru:
1. Senyap:-Cermin memberi reflection tanpa berkata apa-apa. Begitulah juga kita, untuk menegur kita perlulah menegur secara hikmah dan baik. Bukannya dengan cara memaki hamun, mengata dan mengumpat.
2. Sepanjang masa:– Cermin memberi reflection sepanjang masa. Tidak kiralah bila-bila masa kita menghadap cermin tersebut, pasti cermin tersebut akan menjalankan tugasnya. Dari pagi sampailah ke pagi esoknya. 24 jam. Begitulah juga dengan kita, perlu memberi imej diri yang baik 24 jam. Dari bangun tidur hinggalah tidur semula. Bukan sejam dua sehari.
3. Tidak lupa tugas:- Jika kita memecahkan cermin, kita masih boleh nampak diri kita pada serpihan-serpihan cermin. Ini kerana perlu diingat reflection cermin adalah sepanjang masa. Signifikannya biar dimaki hamun, dizalimi atau dalam keadaan susah kita tetap perlu menunjukkan imej muslim yang baik.
4. Tidak mengungkit:- Keburukan yang terserlah hanya diberitahu semasa kita berhadapan dengan cermin. Cermin tidak akan menyimpan imej-imej buruk tersebut selepas kita beredar dari cermin tersebut. Begitulah juga dengan kita. Setelah memberi teguran kepada saudara kita, haruslah kita cuba melupakan keburukan mereka.
Sekarang, kita lihat pula ciri-ciri cermin yang perlu kita berhati-hati:
1. Tidak memilih imej:- Cermin tidak memilih imej untuk dipantulkan. Kalau imej luar seseorang itu buruk, maka buruklah juga imej dalam cermin tersebut. Jadi, perlu kita hati-hati setiap masa kerana diri kita sentiasa memberi pantulan imej muslim kepada orang ramai.
2. Boleh berhabuk dan berdebu:- Cermin tidak boleh memberi imej yang sempurna dalam keadaannya berhabuk dan berdebu. Jadi, walaupun imej kita baik tetapi badannya penuh debu atau kotor, ia tidaklah dapat memberi imej yang baik sepenuhnya. Sebagai kesimpulan, diri kita mencerminkan akhlak kita. Baik akhlak kita, mudahlah orang mendengar nasihat kita. Mudahlah tugas dakwah kita.

Wallahu'alam
-ajin-