Sunday, January 31, 2010
Kita Bayangan Cermin
Nafsu Oh Nafsu

"Tiada yang aku rawati lebih sukar daripada nafsuku sendiri, satu ketika aku mengalahkannya. dan satu ketika yang lain aku dikalahkannya" (Sufyan At-Thauri)
Subhanallah, besar peranan sabar rupanya dalam kehidupan kita. Patutlah dalam Al-Quran banyak menyebut kelebihan orang bersabar. Seringkali kita diingatkan dan diberitakan Allah dalam Al-Quran "BERILAH KHABAR GEMBIRA BUAT MEREKA YANG BERSABAR", dan dalam ayat yang lain "SABAR ITU CANTIK/INDAH" dan Allah juga berjanji bahawa "ALLAH BERSAMA MEREKA YANG BERSABAR", masyaAllah bersabarkah aku dan dirimu dalam mengharungi kehidupan di muka bumi ni?
Ingatlah kita, NAFSU SENTIASA MENGARAH KEPADA KEMUNGKARAN! Bila nafsu kuasai diri, ini yang akan terjadi:
Ya Allah Ya Tuhanku, jauhkan kami daripada pautan nafsu syaitan durjana dan kami berlindung pada-MU daripada kejahatan nafsu kami dan jadikanlah kami daripada golongan orang yang SABAR.
Saturday, January 30, 2010
Bila MAlaikAt Maut MENJeLMAAA!!!!
apabila seseorang itu didatangi malaikat maut...
tak terlambat sekelip mata ataupun terawal sekelip mata...
namun, taktala sakarAAAtul MAUT tiba...
bergantung pada amalan kita...
ada yang TENANG..
ada yang KACAU...
dan ada yang meraung kesakitan..
AAAAAAHHHHHHH!!!!!!
SO,
hari ini ana nak citer pasal jualan ice blended yang diketuai SANG RADEN ARJUNA LALAT THE FIRST...
jualan pada dasarnya amat memberansangkan..
so, kami harap time hari sukan tu dapat la untung lebih supaya kiteorang bley ENJOY!!!
takdelah...
saje..
so, kpd mereka yang terlibat ngan jualan tak kira ikhwah or akhawat..
GANDAKAN USAHA!!!
bak kata M : GHAJIN CKIT!!! GESEGH,GESEGH,GESEGH!!!!
semoga usaha kita mendapat keredhaan ALLAH!!!
that's all...
THANK YOU!!!
assalamulaikum!!!
barakallahufiikum!!!
Friday, January 29, 2010
cabaran..
hmm...hari ini kami buat jualan macam biasa disekolah...boleh tahan la untung...moga-moga dapat lebih banyak untung untuk harihari seterusnye...
lagi 3k nak kene dicari...boleh ke ni?...em..semangat kami lemah bila terdengar ade bisikanbisikan yang cuba untuk menutup kegiatan jualan kami...itu la..ini la..tapi xpe...kami teruskan je dengan apa yang dah kami buat...moga allah memudahkan urusan kami....amin..
10hari lagi kami akan ke JaWa...mesti semua peserta da xsaba nak pergi kn?..sudah bersedia ke nak pergi?....bukan setakat jasmani je tau...rohani pun kne mantap juga...ingat itu selalu...haha...
hmm...bila balik rumah lepas kerja mesti umiabah tanya.."macam mane hari ini?..banyak dapat?..da cukup ke 25k tuu?..." terkial-kial nak cakap belum cukup...nanti ape plak mereka cakap...lagi 10hari je...cukup ke masa nak cari lagi 15k?...adui...pening bila pikirkan bende nih..hee..
ok lah...sampai sini dahulu...jumpe lagi..
Thursday, January 28, 2010
+MemoRies+

Pernahkah anda berjumpe 'makcik' canteen yg jambu???
x pernah????
sila call uztazah kamaliah..
ini kerana di sekolah hidayah jb terdapat 2 'makcik' canteen yg jambu..
pak Mar dan pak Syir....
mereka merupakan contoh pelajar yang sangat bagus.....
ini kerana jarang pelajar mahu pergi ke sekolah nye semula selepas habis zaman persekolahan...
ini menunjukkan bahawa pelajar sekolah hidayah tidak lupa akan sekolah nya...
mereka bekerja bukan kerana gaji ttp kerana tuhan semesta alam...
p/s=pelajar sekolah Al-Amin pun ape kurang baiknye......
+crocodile+
.buat salah dan masalah remaja serta tension.

assalamualaikum..
Cara-Cara Menjalin Perhubungan Yang Lebih Rapat Dengan IbuBapa
-
Menghormati dan sedia meneriam tunjuk-ajar dan teguran mereka
-
Membincangkan masalah anda dengan mereka
-
Meluahkan perasaan dan pendapat anda secata terus terang
-
Tunjukkan kasih sayang anda melalui kata-kata ataupun perbuatan
-
Cuba memahami masalah dan beban ibubapa anda
-
Meraikan harijadi mereka
-
Ingatlah bahawa ibubapa menyayangi anda dan mahukan yang terbaik untuk anda
PENYELESAIAN KONFLIK
-
Kenalpasti punca konflik
-
Dengan dulu apa yang hendak disampaikan oleh orang lain
-
Nyatakan apa yang anda kehendaki dan mengapa anda marah
-
Janganlah menyalahkan orang lain
-
Tumpukan perhatian kepada tindakan yang menyebabkan konflik
-
Bertenang semasa menerangkan pendapat anda
-
Bincangkan bersama cara-cara penyelesaian masalah
-
Carilah penyelesaian yang menguntungkan kedua belah pihak
Remaja yang Positif
-
Bertimbang rasa
-
Yakin terhadap diri sendiri
-
Sedia menerima nasihat dan teguran
-
Sabar
-
Bertanggungjawab
-
Rajin dan suka menolong
-
Mahir berkomunikasi
.ajin.
SeTAAAAAN!!!!
(takda kena mengena!!!)
sebenarnya, hari ini saya nak btau pasal kehadiran DUA orang jejaka yang tak berapa tak tampan yang diterbangkan khas dari INDONESIA!!!!
yang seorang ini namanya MAS UDI!!!

apapun, diharapkan bahawa kedatangan mereka berdua ini dapat mengeratkan lagi hub. diplomatik antara MAS & INDON...
skian....
wassalam...
bye-bye...
see you later...
wak tenang~
Monday, January 25, 2010
GAMBAR INd00r R2j4
Saturday, January 23, 2010
Dosa merosakkan hati

Orang yang banyak melakukan dosa semakin renggang hubungannya dengan Allah dan orang mukmin lain. Ini kerana apabila seseorang itu patuh kepada perintah Allah, ia dekat kepadaNya. Orang yang sentiasa melakukan dosa selalu memandang perbuatan dosa itu sebagai perkara kecil. Dalam hal ini, Ibnu Masud berkata:- "Sesungguhnya seorang mukmin itu melihat dosanya seperti sebuah bukit yang dibimbangi akan menimpanya. Manakala, seorang yang selalu melakukan dosa akan memandang dosa itu seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya". Dosa yang dilakukan itu akan membawa kehinaan, manakala ketaatan pula dapat melahirkan kemuliaan kepada pelakunya. Dalam hal ini Allah berfirman yang maksudnya: "Sesiapa inginkan kemuliaan, maka sesungguhnya segala kemuliaan itu kepunyaan Allah jua". Orang yang melakukan dosa berasa sempit dadanya, manakala mereka yang taat lapang dadanya.
Allah berfirman yang bermaksud: "Maka sesiapa yang Allah hendak beri hidayat nescaya Allah memberi kelapangan dadanya untuk menerima (ajaran) Islam. Sesiapa yang Allah hendak menyesatkan nescaya Allah sempitkan dadanya dan dalam kesukaran seolah-olah ia memanjat langit (kerana tidak cukup oksigen)". Dosa boleh menggelapkan hati sebagaimana amalan kebajikan itu boleh menyinarinya. Ibnu Abbas berkata:- "Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya".
Dosa boleh menghalang seseorang itu daripada mendapat cahaya ilmu. Satu ketika, Imam Malik terpegun melihat Imam Syafie (masih remaja ketika itu) kerana kepandaian dan kecerdikannya, lantas beliau berkata: "Sesungguhnya aku melihat Allah mencampakkan ke dalam hati kamu cahaya, maka jangan kamu padamkan cahaya iu dengan kegelapan maksiat". Dosa boleh menyebabkan seseorang itu malas untuk membuat ketaatan. Seseorang pernah berkata kepada Ibnu Masud: "Kami tidak mampu untuk bangun malam (untuk beribadat)". Jawab Ibnu Masud: "Dosa kamu menjauhkan kamu (daripada ibadat di waktu malam)". Oleh yang demikian, hampirilah kebajikan yang akan memberi cahaya kepada hati dan jauhilah kejahatan yang boleh menggelapkan hati seterusnya menghalang cahaya ilmu.
Wallahu'alam
Wali Band
Tuesday, January 19, 2010
4 Perkara Sebelum Tidur

tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :
1.Sebelum khatam Al Qur'an.
2.Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3.Sebelum para muslim meridhloi kamu.
4.Sebelum kau laksanakan haji dan umroh...
" Bertanya Aisyah :
" Ya Rasulullah .............Bagaimana aku dapat melaksanakan 4
perkara seketika.?"
Rasul tersenyum dan bersabda :
"Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau
mengkhatamkan Al Qur'an."
"Membacalah Sholawat untuk Ku dan para nabi sebelum aku, maka kami
semua akan memberi syafaat dihari kiamat "
"Beristighfarlah untuk para muslimin maka meraka akan meridhloi
kamu."
"Dan perbanyaklah bertasbih,bertahmid,bertahlil,bertakbir maka
seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh."