Monday, March 15, 2010

SkiNnyJeAns ??~




















Seperti kita tahu, jeans atau denim sememangnya sudah serasi dengan trend fesyen sejak dulu lagi. Tidak kira lelaki mahupun wanita pastinya memiliki jeans atau denim di dalam almari pakaian mereka. Kemunculan pelbagai rekaan dan potongan jeans sejak dulu memberi peluang kepada pencinta fesyen memilikinya mengikut citarasa tersendiri.

Melangkah ke tahun baru, pasti ramai di antara kita cuba mencari imej baru dan mengikut trend fesyen terkini. Ini termasuk juga pilihan pemakaian jeans. Sebagai contoh trend pemakaian jean ketat atau skinny jeans. Trend seluar jeans yang popular sekitar era 80an ini kembali menular sejak beberapa tahun lalu, dan tahun 2008 trend ini dijangka semakin ‘hot’.



Adakah sesuai dengan anda?

Sesetengah lelaki amat meminati trend pemakaian skinny jeans. Ada yang terikut-ikut dengan stail pemuzik rock dan selebriti kegemaran. Manakala majalah fesyen dan selebriti di televisyen turut mempengaruhinya. Namun ada juga yang tidak dapat menerima trend skinny jeans. Memang benar! Pemakaian skinny jeans akan kelihatan hebat dan menarik apabila anda tahu cara memakainya. Paling penting adalah kesesuaiannya dengan saiz tubuh.

Kebanyakan mereka yang memakai skinny jeans memilih jenis yang flat atau plane, tetapi tidak semua orang sesuai memakainya. Mengapa? Bagi mereka yang bertubuh pendek atau melengkung misalnya, skinny jeans sememangnya tidak sesuai. Ia akan membuatkan anda kelihatan lebih pendek. Pemakaian skinny jeans kelihatan menarik dan hebat pada mereka yang bertubuh kurus dan tinggi. Sekiranya anda bertubuh tinggi dan kurus, pilihlah untuk memakai skinny jeans dan pilih yang jenis flat kerana ia tidak menampakkan tubuh menjadi rendah atau membuatkan anda kelihatan stocky.

Ingat! Tidak semua trend fesyen kelihatan hebat pada semua orang. Walaupun skinny jeans semakin ‘hot’ sekarang, ini tidak bermakna ada perlu memakainya. Sekiranya ia tidak sesuai dengan anda, tiada guna memakainya jika anda berasa tidak selesa.



Tip Pemakaian dan Pemilihan Skinny Jeans
  1. Skinny jeans tidak sesuai dengan lelaki bertubuh pendek dan berpinggul besar. Apa kata bertukar kepada jean straight-cutboot-cut.

  2. Ramai remaja lelaki memakai skinny jeans dengan seluar boxer. Seluar jeans dilondehkan sedikit supaya menampakkan boxer tersebut. Nampak cool! tapi ia tidak begitu selesa apabila seluar jeans ketat.

  3. Penampilan anda lebih bergaya apabila mengenakan skinny jeans dengan kasut atau boot berhujung tirus.

  4. Untuk stail smart casual, padankan skinny jeans anda dengan jaket atau blazer dan kemeja. Pastikan seluar jeansindigo, kelabu gelap dan biru tua. Ia akan mencipta silhouette dan mengurangkan saiz pada bahagian bawah tubuh yang terlihat besar.

    berwarna gelap seperti
  5. Kunci untuk memilih skinny jeans yang sesuai adalah dengan mencuba beberapa skinny jeans sehingga anda menemui yang sesuai.























1 comment: